Firman Allah swt:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَنفِقُوا۟ مِمَّا رَزَقْنَٰكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِىَ يَوْمٌۭ لَّا بَيْعٌۭ فِيهِ وَلَا خُلَّةٌۭ وَلَا شَفَٰعَةٌۭ ۗ وَٱلْكَٰفِرُونَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.
Pengajian Tadabbur wa Amal dan Kajian al-Quran.
Alhamdulillah, pengajian al-Quran khususnya berdasarkan Kitab Tadabbur wa Amal dan beberapa pengajian Subuh serta Dhuha dilaksanakan secara percuma dan terbuka kepada sesiapa saja.
Mengapa percuma?
Ini adalah kerana kos untuk menampung pengajian dan tim kajian telah ditanggung oleh:
1. Hasil keuntungan perniagaan Dapur Ustaz
2. Sumbangan ikhlas dari para penyumbang melalui Mind Excel Resources atau Kelab RAIS.
Dua sumber di atas perlu konsisten setiap bulan bagi memastikan kajian dapat terus dilaksanakan oleh tim pengkaji, dan pengajian dapat terus disampaikan melalui pelbagai platform baik online atau offline.
Bagaimana 'anda' dapat bantu mengHIDUPkan pengajian dan kajian ini?
1. Terus memberi sokongan melalui belian produk Dapur Ustaz seperti Habbatus Sauda dan Kunyit Organik.
2. Melalui infaq bulanan.
Terdapat dua pakej yang kami tawarkan:
Pertama, pakej Ihsan.
Melalui pakej ini, kalian boleh menyumbang minima RM50 sebulan.
Faedahnya,
1. Hasil sumbangan kalian akan dapat membantu mengHIDUPkan kelas-kelas pengajian al-Quran yang disampaikan melalui Mind Excel Resources dan Kelab RAIS.
2. Akses ke grup FB Khas (Tadabbur wa Amal).
Kedua, pakej Soleh.
Melalui pakej ini, kalian boleh menyumbang minima RM200 sebulan.
Faedah:
1. Membantu mengHIDUPkan pengajian al-Quran.
2. Akses ke grup FB Khas (Tadabbur wa Amal).
3. Akan dibekalkan dengan 1 JUZUK TERJEMAHAN KITAB TADABBUR WA AMAL (mengikut bulan sumbangan).
Semoga Allah membalas kebaikan kalian dengan syurgaNya dan rahmatNya.
Firman Allah swt,
إِنْ أَحْسَنتُمْ أَحْسَنتُمْ لِأَنفُسِكُمْ ۖ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا ۚ
Maksudnya: Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.