QURRA LEADERSHIP FRAMEWORK
10 Tahun Mencari Cara Menggerakkan Manusia Dengan Al-Quran
Tahun 2016.
Saya hampir dipecat.
Bukan kerana saya tidak bekerja.
Tetapi ketika itu saya mula sedar satu perkara yang lebih besar.
Saya belum benar-benar faham bagaimana hendak memimpin.
Saya mula mencari.
Saya belajar pelbagai model kepimpinan. Saya teliti bagaimana manusia membuat keputusan, bagaimana konflik berlaku, bagaimana seseorang pemimpin mempengaruhi orang lain dan bagaimana sebuah organisasi boleh bergerak.
Tetapi dalam pencarian itu, saya kembali kepada Al-Quran.
Saya mula bertanya:
“Kalau Al-Quran adalah petunjuk hidup, apakah Al-Quran juga mempunyai pola untuk membina seorang pemimpin?”
Daripada persoalan itu, bermulalah perjalanan yang akhirnya membawa kepada pembinaan 6 kerangka kejayaan daripada Al-Quran.
Saya mula mengimplementasikannya dalam kehidupan dan kepimpinan.
Dan hasilnya?
Subhanallah.
Sesuatu mula berubah.
Bukan kerana saya menemukan satu formula ajaib.
Tetapi kerana saya mula melihat kepimpinan daripada perspektif yang berbeza.
Bukan sekadar bagaimana untuk mengurus manusia.
Tetapi bagaimana menggerakkan manusia kepada apa yang Allah mahu.
Sejak 2016, saya tidak berhenti di situ.
Saya terus mengkaji, menguji, memperhalusi dan mengembangkan kerangka tersebut.
Hampir 10 tahun.
Hari ini, semua pengalaman, kajian dan eksperimen itu sedang disusun menjadi satu framework yang lebih besar:
Qurra Leadership Framework
QLF.
QLF bukan sekadar satu model untuk memahami kepimpinan.
Ia adalah satu sistem untuk membantu kita menggerakkan diri dan orang di sekeliling kita melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.
Dan sekarang saya mahu membawa QLF ke satu tahap yang lebih besar.
Saya mahu ia bukan hanya menjadi framework yang saya gunakan.
Saya mahu ia menjadi tunjang Kelab RAIS.
Kerana RAIS mempunyai satu visi yang besar:
Melahirkan 1 juta Muqri dan 1,000 Ulama.
Kita semua pula mempunyai kehidupan sendiri.
Ada yang berniaga.
Ada yang makan gaji.
Ada yang mengurus keluarga.
Ada yang mendidik anak.
Ada yang memimpin organisasi.
Ada yang membina institusi.
Kita tidak perlu meninggalkan visi hidup masing-masing.
Sebaliknya, kita belajar meng-align visi hidup kita dengan amanah sebagai ‘Abd dan Khalifah Allah.
Dan kemudian bertanya:
Bagaimana kehidupan saya boleh menjadi sebahagian daripada usaha melahirkan Qurra dan Ulama yang baik?
Di sinilah QLF akan menjadi sistem bersama kita.
VISION
Kita tahu ke mana kita mahu pergi.
SYSTEM
Kita mempunyai cara yang sama untuk bergerak.
EXECUTION
Kita melakukan perkara yang boleh diukur setiap minggu.
Tidak rumit.
Tidak perlu puluhan KPI.
Cukup perkara-perkara yang membantu kita melihat:
Adakah saya semakin soleh secara peribadi?
Adakah saya semakin soleh secara sosial?
Adakah saya semakin membina soleh secara organisasi?
Kerana akhirnya, kepimpinan bukan tentang berapa ramai orang yang berada di bawah kita.
Kepimpinan ialah tentang berapa ramai manusia yang dapat kita gerakkan menuju apa yang Allah redhai.
Dan itulah perjalanan QLF.
Daripada pengalaman hampir dipecat pada tahun 2016…
kepada hampir 10 tahun mengkaji dan menguji…
dan kini menjadi tunjang sistem kepimpinan Kelab RAIS.
Pada 13 September, kita akan mulakan latihan pertama Qurra Leadership Framework bersama Kelab RAIS.
Ahli RAIS berdaftar: RM50
Bukan ahli RAIS: RM200
Ahli RAIS dialu-alukan.
Orang di luar RAIS juga dialu-alukan.
Kerana QLF ini akhirnya bukan tentang RAIS semata-mata.
Ia tentang satu persoalan yang lebih besar:
Bagaimana kita menggunakan kehidupan yang Allah amanahkan kepada kita untuk menggerakkan diri, keluarga, organisasi dan masyarakat kembali kepada Allah?
13 September.
Kita mula.
Tarikh: 13 Sept 2026
Masa: 9am hingga 1pm
Platform: Zoom Online (Terhad 99 orang sahaja)
MOHON PERHATIAN!
RAKAMAN HANYA DIBERIKAN BAGI YANG MEMBELI RAKAMAN QLF.
(Sila semak email pengesahan selepas pembelian disahkan. Link ke whatsap grup akan diberikan melalui email tersebut)