Misi1000

Bantu bersama untuk KITA capai 2 Misi ini!!!


Pertama, sebahagian dari hasil jualan ini akan diwakafkan untuk pembinaan Masjid al-Muhsinin di Seri Bayu, Kedah.

Nilai pembinaan masjid ini adalah dijangkakan melebihi dari RM8 juta.


Kedua, sebahagian dari hasil jualan juga akan digunakan untuk TIM KAJIAN AL-QURAN dan projek khas memberi makan dan memuliakan guru yang diadakan hampir setiap minggu bagi menyuburkan nilai sedekah dalam kalangan masyarakat.


Bagaimana kalian dapat membantu projek khas ini?

Khas untuk Jualan Ebook Kombo & Video Pengajian Juz 1-10 Ramadan 1445H sahaja!

Harga asal kesemua ebook ini adalah RM3540!

Istimewa untuk kali ini! Kita sama-sama berbudi.

Kalian dapat ebook dan video pengajian pada harga berbaloi,

Hasil jualan ini kami dapat manfaatkan untuk 2 projek seperti telah dinyatakan.

OK KE???


Anda akan dapat memiliki ebook:

1. Jalan Menuju Bahagia yang ditulis oleh Ustaz Harfiz Hamzah. Penulisan ini mengetengahkan beberapa contoh panggilan Allah kepada orang beriman, dan bagaimana langkah memahami dan mentadabburinya dengan baik.



2. Ebook 1 hari 1 tadabbur atau ringkasannya ODOT. Ia adalah hasil tadabbur yang telah dilaksanakan oleh penulis sendiri. Moga bermanfaat untuk dijadikan bahan renungan bersama.


3. Ebook 99 Tips Menjemput Barakah Dalam Kehidupan. Kita mungkin tak sedar apa yang sedang kita lakukan itu adalah penuh keberkatan. Bacalah. Ada 99 tips untuk memperolehi keberkatan dalam hidup ini.



4. Ebook Kembara Menghafaz al Quran. Wajib baca. Ia adalah penulisan pertama oleh penulis berkaitan perjalanan hidupnya menghafaz al Quran selama 6 tahun dan 8 bulan. Selama 6 tahun hanya menghafaz 10 juzuk, dan menghabiskan baki 20 juzuk dalam tempoh 8 bulan.



5. Perjalanan 114 Surah. Jika kalian mahu mengetahui ringkasan tema dari surah al Baqarah sampai an Nas, ebook ini adalah rujukan yang wajib anda simpan dan baca.



6. Adab, Doa dan Zikir Tidur. Bacalah ebook ini. Moga tidur kita juga bermanfaat.



7. Asmaul Husna versi 1.1. Hafallah 99 nama Allah dan berusahalah untuk mencontohi sekian banyak asma' Allah ini. Ebook ini berkongsi bagaimana anda dapat mengaplikasikan semua contoh tersebut.



8. Penyakit dan Penawar Hati. Ada 25 penyakit hati yang dicatat dalam ebook ini. Beserta dengan ubat kepada penyakit tersebut. Berhati-hatilah kerana penyakit hati boleh menyebabkan anda mati sebelum mati.



9. Tingo Games Basic. Permainan yang sangat menarik jika anda mahu belajar tajwid secara santai.

10. Tingo Games Intermediate. Permainan yang sangat menarik jika anda mahu belajar tajwid secara santai.



11. Sebab Penamaan Surah. Mengapa al Baqarah dinamakan sedemikian? Mengapa an Nisa dinamakan sedemikian? Begitulah seterusnya yang menjadi tanda tanya kita. Nah, ebook ini sangat membantu.



12. Pesan dan Kesan 1. Pesan kehidupan yang diambil oleh penulis dalam setiap pemerhatiannya terhadap kehidupan ini. Bacalah agar kita juga sentiasa berpesan-pesan dan membuahkan kesan yang baik.



13. Pesan dan Kesan 2Pesan kehidupan yang diambil oleh penulis dalam setiap pemerhatiannya terhadap kehidupan ini. Bacalah agar kita juga sentiasa berpesan-pesan dan membuahkan kesan yang baik.



14. Motivasi Hafalan al Quran. Ada 76 kata-kata semangat untuk kalian gunakan. Boleh letak di wallpaper hp, cetak dan tampal di dinding, serta pelbagai lagi inovasi yang boleh anda lakukan dengan semua kata-kata motivasi tersebut.



15. Rujukan Infaq. Ini adalah beberapa ebook yang kami perolehi dari teman-teman kami. Lantas ia dikongsikan kepada anda semua. Moga ianya bermanfaat. Antaranya adalah terjemahan:

- Adabul Mufrad

- Amalan Muslim

- Fiqh Qulub

- Pedoman Sembahyang berjemaah

- Hadis Sahih Keutamaan Amal Soleh.


16. VIDEO PENGAJIAN TADABBUR DAN AMAL BERMULA JUZUK 1 HINGGA JUZUK 10.

Tadabbur dan amal adalah perbincangan setiap halaman al-Quran berkaitan persoalan-persoalan dan jawapannya berdasarkan pendapat ulama muktabar dalam bidang al Quran.


Tawaran ini terhad untuk bulan Ramadan 1445H sahaja!

Tawaran ini khusus untuk menjayakan kemahiran wakaf bulanan!


Sekejap...jangan buat kebaikan seorang diri.

Ajaklah rakan-rakan lain juga untuk membantu projek khas ini.

Tidak berkurang sedikit pun pahala kebaikan jika orang lain melakukannya kerana bersumber dari dirimu.


Kalian bantu dengan membeli dan memperoleh beberapa ebook yang sangat menarik dan bagus untuk dibaca.

Hasil jualan, kami laksanakan seperti mana yang telah dinyatakan di atas.

Lakukan sekarang...harta dimiliki hari ini belum menjamin esok yang pasti buat kita! 


(SELEPAS PENGESAHAN BAYARAN, SILA SEMAK EMAIL. LINK EBOOK AKAN DIBERIKAN MELALUI EMAIL YANG DIDAFTAR SEMASA PEMBELIAN)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Projek Khas
BELUM MULA
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN