لَن تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّـهَ بِهِ عَلِيمٌ


Maksudnya: Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.


(Surah Ali Imran: 92)


Diriwayatkan bahawa apabila Abu Talhah mendengar sahaja ayat 92 dari surah Aali Imran (rujuk ayat sebelum ini) maka beliau segera untuk mewakafkan harta yang paling disayanginya iaitu kebun Bairuha’. Kata beliau kepada Rasulullah SAW:


إِنَّ رَبَّنَا لَيَسْأَلُنَا مِنْ أَمْوَالِنَا فَأُشْهِدُكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنِّي جَعَلْتُ أَرْضِي لِلَّهِ


Maksudnya: Sesungguhnya Tuhan kita meminta untuk kita mengeluarkan infak daripada harta kita, maka aku bersaksikan kamu wahai Rasulullah SAW, bahawa aku menjadikan tanah ini milik Allah SWT (untuk diwakafkan). 


Riwayat al-Nasaie (3602)


Pengajian Wakaf

Dalam hal pengurusan harta, ada bab sedekah, infaq dan zakat.

Bahkan ada juga yang disebut dengan wakaf, dan ini merupakan cara pengurusan harta umat secara sistemik.


Bagaimana ia berlangsung?

3 kali pertemuan secara atas talian, 1 kali pertemuan secara bersemuka.

Pertemuan Online:

24, 25 dan 26 Mac 2023

Masa: 10 am - 12 pm

Pertemuan Offline

1 April

Tempat: Pondok Hamalatil Quran

(Masa tertakluk kepada keadaan semasa)


Yuran:

Kelas secara online, hanya menerima infaq sahaja. Adapun, secara umumnya ia dilaksanakan secara percuma.

Kelas secara bersemuka, perlu bayar kos penempatan dan makan minum sahaja.


Apa yang akan dipelajari?

1. Sejarah wakaf.

2. Fiqh wakaf.

3. Praktik wakaf.





Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Pengajian Wakaf
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN


BUTIRAN PESERTA

BUTIRAN PEMBAYARAN