Jelajah Pemikiran al-Quran Melalui Kaedah Tadabbur

Sesungguhnya Allah mengangkat beberapa kaum dengan al-Quran ini dan menghinakan yang lain dengannya.

HR Muslim

Peradaban Romawi dan Persia pernah tenggelam pengaruhnya pasca kedatangan Islam yang disinari cahaya al-Quran.

Pengenalan

Jelajah Tadabbur

Pada tahun 2018, inisiatif membawa masyarakat memahami al-Quran bermula di Sik, Kedah dengan modul pertamanya adalah Kembara Menghafaz al-Quran.



Muat turun ebook Kembara Menghafaz al-Quran di link berikut:

Buku Kembara Menghafaz Al-Quran v2.pdf

Baca lagi...

Selepas itu, kami meneruskan kempen mengangkat martabat memahami al-Quran dengan modul,

Jalan Menuju Bahagia

Penghayatan Solat

Tadabbur Ayat Iman



Baca lagi...

Kempen Kaedah Tadabbur

Sebanyak 1000 naskah buku akan dicetak. 

Setiap naskah dicetak dengan 2 jilid.

Setiap jilid mengandungi 20 kaedah tadabbur.

Baca lagi...

Ada banyak masjid, institusi pengajian, sekolah dan rumah yang mahu mempelajari al-Quran.

Ada juga guru agama yang mahu menyampaikan ilmu al-Quran, namun tersekat dek kekurangan dana.

Melalui kempen ini, kami membantu agar Kaedah Tadabbur dapat disampaikan ke banyak masjid dan institusi pengajian secara percuma. 

Masjid dan Institusi Pengajian boleh mendapat buku dan proses pembelajaran Kaedah Tadabbur secara percuma dek kerana sumbangan dana yang telah diinfaqkan oleh pemilik-pemilik harta seperti para dermawan semua yang sedang membaca mesej ini.


Pakej yang kami tawarkan,

- Ma'wa (Sumbangan sebanyak RM65/unit untuk cetakan 2 jilid Buku Ringkasan Kaedah Tadabbur)

- Firdaus (Sumbangan sebanyak RM6500 untuk 100 cetakan, dan boleh menjemput penulis buku untuk hadir ke tempat anda selama 1 hari secara percuma *kecuali kos pengangkutan dan makanan jika perlu)


Perhatian!

Sumbangan dana yang dibuka sehingga hujung Ramadhan 1444H telah mencukupi.

Ini adalah sumbangan dana tambahan yang masih dibuka sebelum cetakan penuh dilaksanakan.

Proses cetakan akan diteruskan dengan minima 1000 cetakan.

Jadilah angkatan pertama yang menjayakan kempen Kaedah Tadabbur ini.


Mengenai Buku Ringkasan Kaedah Tadabbur

Mengapa Anda Wajib Membantu Kempen Buku Ini?

1. Ia adalah ringkasan dari 40 kaedah dari kitab asal (Bahasa Arab) oleh Syeikh Abd Rahman Habbanakah.

2. Anda akan lebih jelas bagaimana untuk melaksanakan tadabbur dengan sekian banyak kaedah yang telah disusun oleh ulama.

Sangat bermanfaat untuk ummat. Antara isi kandungannya adalah;

1. Apakah tadabbur yang sesuai apabila memerhatikan sesuatu ayat terkandung padanya feel madhi? Walaupun pada kebiasaannya ia menunjukkan sesuatu perkara yang telah berlaku, namun dalam kaedah tadabbur, ia juga boleh menunjukkan pada sesuatu yang telah ada semenjak azali dan akan berkekalan sampai bila-bila.

2. Al-Quran juga menggunakan perkataan tertentu untuk menunjukkan kesesuaiannya sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan. Contohnya mengapa digunakan perkataan 'yaskhar' pada ayat 11 surah al-Hujurat?

Ini kerana 'yaskhar' yang bermaksud kejian, – kebiasaan perkara ini perlu dilakukan secara berjemaah . Hal ini kerana, apabila seorang yang mengkeji itu berkata-kata,dia memerlukan sokongan daripada pendengar untuk ketawa akan kejiannya itu tadi.

3. Kita mungkin tidak merasai apa-apa apabila bertemu dengan perkataan 'allazi' dalam al-Quran. Namun, selepas mempelajari kaedah tadabbur ini, kita akan mula berhenti seketika apabila melalui ayat yang terkandung kalimah ini kerana ianya penting untuk mengetahui keterkaitan antara mesej pada kalimah sebelum dan juga selepasnya. Ini dinamakan kaedah 'penyambungan ayat'.

Dan banyak lagi...


Sebarang persoalan hubungi 0132001974






Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Ma'wa HABIS STOK
Firdaus HABIS STOK
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN