Orang yang mahu menghafaz al Quran hanya mempunyai 2 kesudahan:
Pertama, berjaya menghabiskan keseluruhan 30 Juzuk al Quran sehingga ia meninggal dunia.
Kedua, meninggalkan dunia dalam keadaan dia sedang berusaha menghafaz al Quran.
Sungguh, kedua-duanya adalah kesudahan hidup yang baik.
Tahukah anda?
Setiap orang ada potensi menghafaz al Quran.
Istimewa untuk anda, kami akan kongsikan bagaimana untuk menghafaz al Quran dengan konsisten bermodalkan masa selama 1 jam setiap hari.
Ramai orang terkandas kerana mereka tidak ada:
1. Kaedah yang betul.
2. Pembimbing yang benar.
Bolehkah menghafaz dengan hanya peruntukan 1 jam sahaja?
Kaedah telah terbukti dan ianya telah diguna pakai semenjak sekian lama.
Semenjak PKP yang lepas, kami mula mengembangkan kaedah ini melalui kelas-kelas secara atas talian.
Ratusan orang sudah menyertainya.
Cubalah dahulu. Tidak ada sedikit pun kerugian, in sha Allah.
Siapa yang perlu ikuti kelas ini?
Pertama, siapa saja yang mahu menghafaz al Quran.
Kedua, golongan profesional yang mahu hidup berkat dengan al Quran. Peruntukan 1 jam adalah sangat bermakna.
Ketiga, golongan pencen. Kami amat menggalakkan kerana dengan hafazan, akan sangat membantu menajamkan fikiran dan mengelakkan penyakit nyanyuk.
Keempat, ibu bapa yang mahukan anak-anak mula menghafaz al Quran seawal usia.
Siapa kami?
Kursus ini dikendalikan oleh Ustaz Mohd Harfiz Bin Hamzah. Graduan Tahfiz wal Qiraat, Darul Quran JAKIM.
Berpengalaman mengendalikan kursus hafazan al Quran semenjak tahun 2011 sehingga kini.
Beliau juga merupakan seorang pengkaji al Quran serta terkadang mengisi di media arus perdana. Antara rancangan yang diisi oleh beliau adalah al Quran Di Hatiku (Astro).
Bila program akan dilaksanakan?
14 Jun 2025 (Sabtu)
9.00 am - 10.30 am
28 Jun 2025 (Sabtu)
9.00 am - 10.30 am
*Peserta boleh memilih untuk hadir pada mana-mana tarikh yang dinyatakan.
JADUAL PENGISIAN
9.00 - 9.15 am : Membina kecerdasan dengan al Quran.
9.15 - 10.15 am : Praktikal Hafazan menggunakan Kaedah Hafazan 1 Jam.
10.15 - 10.30 am : Disiplin dan Jadual Peribadi bersama al Quran Tahfiz.
*Perhatian: Al Quran Tahfiz yang kami gunakan adalah 'al Quran Tahfiz Junior'. Anda boleh dapatkan sendiri di kedai yang menjual al Quran tersebut atau boleh dapatkan di shopee seperti cadangan berikut,
https://s.shopee.com.my/3AvPGSBBqM
Bagaimana kelas dilaksanakan?
Kelas ini adalah sesi sepenuhnya di atas talian menggunakan aplikasi zoom.
Oleh kerana itu, mohon muat turun aplikasi zoom di telefon atau laptop untuk mengikuti kelas ini.
Nota kelas akan diberikan sehari sebelum kelas berlangsung.
Kami mohon, ia dapat diikuti dengan penuh adab terhadap al Quran. Pastikan masuk kelas dalam keadaan sudah berwudhu dan memperbaiki niat hanya kerana Allah.
Kamera perlu dibuka sepanjang masa. Bagi yang tidak membuka kamera tanpa alasan yang kukuh dalam masa 10 minit, admin akan mengeluarkan anda dari kelas secara serta merta. Ini bagi menjaga adab-adab di dalam sesi pengajian al Quran.
Kami mendoakan dengan keseriusan anda mengikuti kelas ini dan kesungguhan kami menyampaikan ilmu ini, akan melahirkan generasi Rabbani yang saling mengajar dan belajar al Quran.
JUMPA ANDA DI KELAS HAFAZAN NANTI, IN SHA ALLAH.