Hatta Muqri 2023
Alhamdulillah, Hatta Muqri kembali semula selepas menyepi selama setahun pada tahun 2022.
Kini dengan azam dan semangat yang baru, in sha Allah.
Hatta Muqri adalah sebuah program yang didesain oleh Ustaz Mohd Harfiz bin Hamzah untuk para pelajar yang sudah bekerjaya dan terpaksa mengurus banyak hal lain di luar untuk kelangsungan hidup baik dunia mahupun akhirat.
Program kali ini akan bermula pada bulan Ramadhan 1444H nanti. Ingat, ia hanya terhad untuk 99 orang pelajar sahaja dan perlu mengikuti siri Kemahiran Asas Mengingat dan Memahami (KAMM) terlebih dahulu.
Bagaimana ia dilaksanakan?
Untuk sesi kali ini,
1. Terdapat 10 kali pertemuan secara atas talian. Jangkaan jadualnya adalah pada setiap hari Ahad (2.30 pm - 4.15 pm). Masa akan berubah tertakluk kepada keadaan.
2. Kewajipan peserta hanyalah untuk menghafaz 1 ayat sahaja semasa sesi pertemuan atas talian. Fokus kali ini adalah 1 ayat sahaja dalam setiap mukasurat.
3. Peserta kali ini akan bersama menghafaz 10 mukasurat pertama dari juzuk pertama surah al-Baqarah. Tidak wajib hafaz seluruh mukasurat. Namun, siapa yang mahu menghafaz seluruh mukasurat, mekanisme akan dimaklumkan apabila program bermula nanti.
4. Bonus untuk peserta kali ini, anda akan diperkenalkan dengan 1 kemahiran baru untuk bertadabbur berpandukan ebook Ringkasan Kaedah Tadabbur. Untuk 10 kali pertemuan, in sha Allah kalian akan diperkenalkan dengan 10 kemahiran.
5. Platform penyampaian kali ini hanya akan berlangsung di zoom sahaja. Sesi rakaman hanya akan diberikan melalui link rakaman youtube sahaja.
Ayuh, bersama kita menghafaz al-Quran dan berusaha menghayatinya dengan baik.
Terhad hanya untuk 99 orang sahaja.
Berapakah yuran untuk kelas kali ini?
Yuran asal adalah RM1200.
Namun, untuk 'comeback 2023' ini, yurannya hanyalah sebanyak RM250 sahaja!