Mahu Serius Hafal al Quran?
Alhamdulillah, al Qurra Academy adalah sebuah akademi yang memberikan fokus terhadap ilmu hafazan dan tadabbur al-Quran.
Namun, untuk menghafaz al Quran dan seterusnya dapat menikmati isi kandungan ayat Allah, ia memerlukan disiplin secara bertahap-tahap.
Sebagai permulaan, kami jemput untuk sertai dahulu Kelas Asas Hafazan di mana fokus surah atau ayat akan berubah pada setiap bulan.
Selepas mengikuti Kelas Asas Hafazan, barulah boleh mengikuti kelas-kelas lanjutan bersama al Qurra Academy yang dibimbing oleh Ustaz Mohd Harfiz Bin Hamzah.
KELAS ASAS HAFAZAN 2025
MEI - 15 Ayat awal surah al Kahfi.
JUN - Belum dibuka
JULAI - Belum dibuka
OGOS - Belum dibuka
SEPT - Belum dibuka
OKT - Belum dibuka
NOV - Belum dibuka
DIS - Belum dibuka
APA YANG AKAN DIPELAJARI SEMASA SESI KELAS ASAS HAFAZAN?
Sesi ini akan berlangsung selama 5 hari, namun untuk sesi Mei sahaja akan berlangsung selama 6 hari.
Sasarannya, setiap peserta akan dapat menghafaz 1 mukasurat ayat hafazan yang telah ditetapkan.
Selain itu juga, peserta akan memahami ayat yang dihafaz dengan tadabbur yang paling asas.
Sepanjang 5 atau 6 hari sesi berlangsung, peserta akan dapat menguasai atau mengetahui beberapa perkataan pilihan yang akan dikupas melalui Kaedah Konsep Perkataan dalam al Quran.
BILA SESI AKAN DILAKSANAKAN?
In sha Allah, sesi KELAS ASAS HAFAZAN akan dilaksanakan pada minggu kedua bulan MEI 2025. Iaitu pada 5 hingga 10 Mei 2025.
Kelas akan berlangsung pada waktu malam iaitu bermula jam 9.30 malam sehingga 11.00 malam.
MENGGUNAKAN PLATFORM APA?
Untuk sesi KELAS ASAS HAFAZAN, platform yang akan digunakan adalah telegram.
Ini berikutan keberadaan kami sekarang di kawasan perkampungan. Agak sukar untuk bersiaran melalui zoom atau aplikasi lain kerana cabaran internet. Doakan agar masalah internet dapat diselesaikan segera kerana sangat banyak majlis ilmu yang perlu kami sampaikan.
ADAKAH KELAS LA NJUTAM SELEPAS INI?
Ya, pastinya ada.
Iaitu Kelas HATTA MUQRI di mana ianya amat sesuai untuk anda yang mahu berada dalam circle penghafaz al Quran dan konsisten menghafaz ayat al Quran sepanjang tahun.
Bagi yang lulus ujian, kami juga akan menjemput anda untuk ke KELAS HATTA MUQRI ELITE di mana anda akan mampu menghafaz 1 juzuk al Quran dalam tempoh seminggu sahaja.
Pastinya HATTA MUQRI ELITE amat sesuai untuk anak-anak yang kalian sasarkan agar mereka menghafaz al Quram, dalam masa yang sama tetap melaksanakan tugas hakiki yang lain. Anda juga amat digalakkan mengikutinya dengan syarat anda mengikuti KELAS ASAS dan INTERMEDIATE.
MARI DAFTAR SEKARANG.
HANYA RM39 SAHAJA!
AJAK AHLI KELUARGA DAN RAKAN-RAKAN SEMUA YA