Istimewa
Hanya 218 Naskah sahaja!
Mengenai Buku Ringkasan Kaedah Tadabbur
Mengapa Anda Wajib Memiliki Buku Ini?
1. Ia adalah ringkasan dari 40 kaedah dari kitab asal (Bahasa Arab) oleh Syeikh Abd Rahman Habbanakah. Buku ini dibahagikan kepada 2 jilid.
2. Anda akan lebih jelas bagaimana untuk melaksanakan tadabbur dengan sekian banyak kaedah yang telah disusun oleh ulama.
Sangat bermanfaat untuk ummat. Antara isi kandungannya adalah;
1. Apakah tadabbur yang sesuai apabila memerhatikan sesuatu ayat terkandung padanya feel madhi? Walaupun pada kebiasaannya ia menunjukkan sesuatu perkara yang telah berlaku, namun dalam kaedah tadabbur, ia juga boleh menunjukkan pada sesuatu yang telah ada semenjak azali dan akan berkekalan sampai bila-bila.
2. Al-Quran juga menggunakan perkataan tertentu untuk menunjukkan kesesuaiannya sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan. Contohnya mengapa digunakan perkataan 'yaskhar' pada ayat 11 surah al-Hujurat?
Ini kerana 'yaskhar' yang bermaksud kejian, – kebiasaan perkara ini perlu dilakukan secara berjemaah . Hal ini kerana, apabila seorang yang mengkeji itu berkata-kata,dia memerlukan sokongan daripada pendengar untuk ketawa akan kejiannya itu tadi.
3. Kita mungkin tidak merasai apa-apa apabila bertemu dengan perkataan 'allazi' dalam al-Quran. Namun, selepas mempelajari kaedah tadabbur ini, kita akan mula berhenti seketika apabila melalui ayat yang terkandung kalimah ini kerana ianya penting untuk mengetahui keterkaitan antara mesej pada kalimah sebelum dan juga selepasnya. Ini dinamakan kaedah 'penyambungan ayat'.
Dan banyak lagi...
Sebarang persoalan hubungi 0132001974