
Sebagai seorang ayah, saya mempunyai kegusaran yang besar untuk melahirkan generasi yang soleh.
Alif Ba Ta Umar ini saya tulis kerana mahu mengajar sendiri hurufhuruf al-Quran kepada anak dalam keadaan santai.
Ketika anak-anak saya dapat mengenal huruf, mereka juga dapat mengenal kalimah tertentu dalam Bahasa Arab. Bahkan bagi sesiapa yang ada kemahiran tadabbur al-Quran, boleh terus manfaatkan dengan baik isi kandungan ebook ini.
Seperti kebiasaannya, saya akan melancarkan sebuah penulisan setiap kali hari kelahiran anak-anak saya. Maka, Alif Ba Ta Umar adalah buah tangan untuk generasi ini sempena bulan kelahiran anakanda sulong saya, Muhammad Umar al-Fateh pada bulan Mac.
Semoga ia dapat dimanfaatkan oleh para ibu dan ayah.
Kandungan:
Huruf Hijaiyah. Anak-anak akan belajar mengenal huruf alif sehingga ya. Mereka juga boleh mewarna jika ebook ini mahu dicetak untuk kegunaan sendiri atau boleh mewarna di atas tablet.
Kalimah tertentu dalam bahasa Arab. Kebanyakannya adalah kata nama.
Selain itu, turut dimuatkan ayat al-Quran agar dapat terus dibaca dan ditadabburi. Pelbagai fakta menarik juga dapat dipelajari melalui ebook ini.
Peringatan! Ini adalah ebook.
Selepas selesai pembayaran, Tuan Puan perlu menyemak email masing-masing.
Link ebook boleh dimuatturun terus melalui link yang disediakan.
Harga promosi : Hanya RM19 sahaja (Sudah habis stok!)
Harga bukan promosi : RM49